Tuesday, August 25, 2009

Cepat CEPAT!

Woh, tadi sahur mak kejut lambat dalam pukul 5.30 . Bagi sesetengah orang, mesti korang rasa macam " alaa sempat lagi makan" . Bagi aku, " HARAPAN lah, macam tak sempat je ni ? ". Yelah cause , aku ni seorang yang kuat makan, tapi cara makan aku memang lambat nak mampoih . Makan macam siput berjalan. Tak ke lambat ? Um, lepas mak kejut , terus pergi toilet basuh muka semua. Then turun bawah amik nasi terus makan . Alaaaaa, aku makan mmg lembab . Korang kena acu pistol dekat kepala aku, baru aku makan cepat kot ? Lepas habis makan, terus teguk air Milo panas. Kira selesai makan dalam pukul 5.50 . Paling laju yang boleh aku buat time sahur tadi. Lepas tu , angkat je pinggan nak bawak pergi dabur, bunyi azan pun datang . Nasib baik, sempat habis makan .

Monday, August 24, 2009

3 Ramadan

Haha, saje poyo sebab mengikut kalender Islam , 3 Ramadan birthday aku and Arep<3 seronok je ada geng lahir sama-sama time bulan puasa ni . Tapi kalau bab umur tu mmg berbeza lah, aku dah 15 . Arep tu 4 kot? Cewah , apa apa hal. Selamat Hari Jadi Arep ! XOXO, :)

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Pejam celik, pejam celik , dah nak puasa. Cepat je kan ? Lepas tu raya, dapat duit raya , huahaha. Azam kali ni nak tingkat kan amalan sunat , pergi terawih. Insya - Allah boleh :) well, selamat berpuasa ! Kalau puasa tak penuh tu, bukannya tak boleh sambut raya , tapi jangan lupa ganti balik ye.

Thursday, August 20, 2009

Happy Birthday!

Cake Happy Birthday



Allah selamat kan kamu, Allah selamat kan kamu . Allah selamat kan Nab dan Bat. Allah selamat kan kamu . Dude, dah beso panjang dah korang . Semoga panjang umur dan murah rezeki. PMR buat betul - betul. Ganbatte kudasai!



EHEEEEEEEEEEEEM , sepatotnya gerak awal tau. Tapi gerak lambat so terpaksa ah kan dorang makan KFC , McD dah mahal cause dah lebih pukul tiga. Beli cake dulu then beli KFC . Rosak otak nak fikir duit. Nasib baik Teha ada ( si pakar bedah, haha sejak pakai mask time dekat sekolah tadi ). Lepas tu blablabla, gerak ah tasik . Balak Ain pun ikut tapi dia tak join time ktorang celebrate bday dorang. Malu lah kon-honnn . Makan macam nak berbuka puasa. Gelojoh yang amott . Lepas tu cake dah la mcm tak habis, tak ada kerja lah kan , pakai cream cake tu buat conteng muka. Lawa duh . Muka aku dah macam ada tahi lalat suci. Teha macam taik hidung hahah . Ain pulak macam ada kurap dekat pipi. Amy , haaaaa ada jerawat putih. Hahaha tah apa tah . CUN! Jangan jealous ;-)


Make up Lawa kan? Sapa la yang tangkap ? -) Suka je gelak



Monday, August 17, 2009

Sama Je

Pergh, today pun sama . BOSAN! Aku tak tahu lah kan kenapa lah lepas habis trial je macam dah bosan . Cikgu pun tak masuk class. Ramai cikgu yang tak datang lah and budak class aku pun sama . Err, bosan yang amat . Macam baru habis PMR je? Huh , diikutkan hati memang tak nak datang ah tadi. Bapak aku pun cakap " tak payah la datang. Buang masa je datang ". Hah , macam ahlil nujum je bapak aku tahu semua benda, wow ! Lepas ni nak dengar cakap dia je lah. Lepas tu dah la tak dapat usha, dia cam tak datang je :-( mmg bertambah tak ada mood langsung! Tapi nasib baik ada member , boleh la jugak buat otak aku ni jadi gila. Hmph , today dapat paper KH. MEMANG TAK PUAS HATI . Apa lah aku ni, semua nya tak puas hati .

Sunday, August 16, 2009

TERUK

Ergghh, hari yang bosan . Dekat sekolah tak belajar langsung, baik tak payah datang skolah -.- buang masa je . Today dapat result BM paper 1. Gila teruk :-( nak menangis pun ada ni . Eeeeeeeeeee, mmg dah tak tahan dah . WAAAAAAAAAAAA!

Saturday, August 15, 2009

Bukit Cerakah

Duh, gila penat . Gerak pukul 12++, er pukul 1 maybe ? Yang pegi; aku , Ain, Teha , Amy, Najwa and Tyka . Mula-mula sampai je terus pergi mandi . Ain, Tyka and Amy je la yang pergi mandi . Yang lain tengok je. Banyak rempit pulak tu , terus tak ada mood pfft -___- bajet tho rempit tu, pakai mata belalang pikir hot la ? Macam kembar lalat je aku tengok. Dorang mandi sekejap je cause ada family day buat dekat situ . Kesian dorang, sabar je lah . Janji dapat mandi kaan? Lepas tu cadang nak naik basikal ronda satu tempat . Err, Teha , Najwa and Tyka malas nk join. Ee , rugi je. So aku , Ain and Amy pun sewa lah basikal yang berharga RM5 (mahee !) mula - mula naik syok je. Yelah , dah berapa tahun aku tak naik basikal. Basikal kat rumah dah tak macam basikal dah tengok . Dah macam besi buruk. Time naik bukit , punya lah banyak merungut. Amy lah , asyik-asyik " urgh, argh " aku pun sama juga. Ain je macam semangat , tak nak give up gitu. Pastu lalu la dekat hutan , dah la bertiga je. Tak ada orang lain , macam wooo, scary tapi tak lah mana pun . Tujuan nak carik kenikmatan, bukannya ketakutan right ? Hujan panas pun datang, pastu dalam pukul 5 ktorang chow . My mom datang jemput. Bila dah hantar dorang balik kan , aku baru teringat. Dalam beg aku ada roti , lupa nak keluarkan and makan time dekat sana . LOL! Balik rumah je terus dah tak larat. Akak aku pulak sebok nak bercerita , sumpah tak larat nak bagi respon. Agak - agak pukul 8.30 baru sedar tu pun bapak aku kejut kan aku cause ada kenduri dekat rumah jiran. So bangun , mandi semua terus gerak. Mata merah , still mengantuk. Mesti orang pelik je , lantak lah. Aku datang nak makan .


Thursday, August 13, 2009

Tamat Trial PMR

AT LAST! Tamat pun . Ehem, baru trial . Bukannya PMR lagi pun -.- time amik trial rasa macam tension siut. Ada susah , ada senang. Kan best kalau semua senang . Kan kan kan? Yelah , nampak sangat lah tak belajar kalau semua senang >.< takut je nak dapat result ni :-S harap-harap semua lulus and ada A lahh. Bukan senang nak tengok orang yang tak belajar macam aku ni nak dapat A xD

Saturday, August 8, 2009

Goyang Kaki

"Nori , Nabila. Bangun solat Subuh ." Itulah dia kata daripada bondaku supaya menyuruh kami untuk menunaikan solat . Eceh formalnya ayat. Masa tu baru pukul 6.50 pagi . So lepas solat, aku sambung tidur balik cs jam kt phone akan berdering pkol 7.15 . Kiranya ada masa lagi lah nak tidur ha-ha . Tetiba phone dah pun nyanyi, then aku sambung tidur balik . Pkol 7.30 baru aku terjaga sebab Teha text tnya dah bngun ke belum. Sayang jugak dia dekat aku haha <3 lepas tu baru la aku pergi mandi and dalam pukul 7.55 baru la Teha sampai rumah aku and ktorang gerak terus pergi sekolah ada kelas tambahan Sejarah. Sebelum tu singgah Subhan kejap beli air and roti nak alas perut . Lepas tu terserempak dengan Syafinaz so gerak lah dengan dia sekali. Dekat gate A , terserampak dengan Diera pula. So ktorang gerak masuk dalam pun sama - sama lah. Lepas satu bab habis mengajo , cikgu kasi rehat 15 minit. Ktorang ramai2 pergi Hidayah , mamam. Tapi aku just minum air teh o je . Kenyang sangat. Then pegi sekolah balik . Tetiba dalam pukul 11 ke 12 tah Abang Azhar call, " Nori kat mane? Tolong Abg Azhar jaga Ema kejap . Nak kemas rumah. Nanti Abg Azhar kasi upah top up " So aku pun mintak izin cikgu nak balik haha upah punya pasal. Masuk je dalam kereta Abg Azhar , aku terus cakap "nak pizza" haha terus dia cakap okay . Beli pizza dekat SACC then terus pergi rumah dia dekat Bukit Bandaraya. Aku bukannya jaga pun si Ema tu , makan je lebih then terus berdengkur haha. Dalam pukul 6 baru la balik rumah . Abg P and family datang rumah. Syoknye dapat jumpa Arep and Afiq . Ema geng dengan dorang, comel je . Then dorang balik and buat hal masing2 . Dengan itu, esok kena bangun awal sebab pergi balik kampung ada kenduri . Damn, tak study tho harini . Esok mesti tak study jugak sebab busy dengan kenduri :-( orang lain semua dah study, aku je belum . Hmph, apa nak jadi ? Nasi dah jadi bubur, aaaaa tak nak amik trial ! TAKUT :-S TOLONG LA DAKU!

Friday, August 7, 2009

Fakta

Aku tengah bosan, so letak lah benda alah ni . Sila baca :-)



-Kebanyakan mata lelaki lebih besar drpd mata wanita

-Secara umumnya , hidung lelaki lebih besar drpd wanita. sementara itu,kebanyakan wanita mempunyai bibir lebih besar berbanding lelaki.

-kdr pendengaran lelaki mula berkurangan ketika mereka memasuki usia 32 tahun dan ke atas.

-lebih banyak wanita boleh menyanyi tanpa bersuara sumbang berbanding lelaki

-Lelaki lebih suka berbual secara bersemuka dgn pasangannya drpd berbual di telefon

-Lelaki mempunyai kekuatan menggenggam tangan 2 kali lebih kuat drpd wanita.



nampak sangat tahap bosan aku ni dah melampau -.- fakta tetap fakta [:

Thursday, August 6, 2009

67 Hari Lagi

Hah, this Monday dah start trial . Aku pulak macam senang hati je ni goyang kaki sambil makan keropok lekor and pisang goreng. Berlagak macam tak ada pape je yang berlaku . Nak study, tapi macam mana ? Err, study tu apa ? Hahah, kalau study je mesti mengantuk lah apa lah . And kalau nak study tu, ada benda lain je nak buat . Jahat betul setan ni, berambus kau ! Jangan kacau aku, nasib baik bulan Ramadan nak dekat . Boleh la kot lepas ni study *ayat harapan* dekat school je aku boleh belajar , dekat rumah tak boleh. Setan banyak sangat . Haha.